Monday, 27 February 2017

Friend VS Love

Bab4 
Ketuanya menundukkan mukanya betul2 menghadap ku dan berkata , "Lee Tae Yeon~shii". Lembut tutur katanya & hampir membuatkan aku tertarik dengannya. Aku hanya mampu terdiam kerana jarak antara kami hanya 10cm. 
"Yah~ kau ni bisu ke ? Jawablah.", jerkah Han Sang. 
Aku terkejut dengan jerkahannya. Aku masih berdiam diri. Mulut bagai dikunci dengan ketat.
"Han Sang, rileks. Kau menakutkan dia.", balas Cha N yang sudah menjauhkan mukanya daripada ku.
"Lee Tae Yeon~shii, let me straight to the point. Awak rapat dengan Myung Soo kan ? Jadi boleh awak tolong sampaikan mesej kami kepada Myung Soo", kata Cha N.
'Myung Soo ? Apa pula kaitan Myung Soo dengan mereka ni ? Jangan2 Myung Soo ada cari hal dengan mereka ? Aku mesti siasat', bisik hati ku. Tanpa membuang masa aku terus mengangguk tanda setuju.
"Macam nilah good girl. Dengar cakap", kata Lee Bean sambil melemparkan senyuman kepada ku. Lesung pipitnya jelas dapat dilihat membuatkan mana2 sahaja perempuan akan cair.
Kendy menghampiriku dan berbisik kepada ku, "Beritahu Myung  Soo untuk berjumpa kami di padang sekolah. Untuk awak pula, do you wanna be my girlfriend ?".
Aku terkejut dengan soalan yang diberikan Kendy itu. Aku memandangnya & berharap agar dia hanya bergurau. 
"Hahahahaha. Nice move Kendy. Don't worry Miss Tae. Kendy just joking", kata Kim Ravi seolah-olah mengetahui apa yang dikatakan oleh Kendy.
"Dah tak ada apa2kan ? Boleh saya pergi ?", kata aku dengan lembut.
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Bagaikan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh aku. Aku amati wajah mereka satu persatu. Mereka bagai terpukau & hanya mampu memandang ku. Aku hairan akan kelakuan mereka. Lalu aku membuat keputusan untuk membatalkan niat ku untuk ke bilik muzik & membelakangi mereka untuk pulang ke kelas ku.
"Tunggu", kata salah seorang daripada mereka. Suaranya lembut tidak seperti yang aku dengar tadi. Aku memalingkan semula badan ku kearah mereka lalu aku berkata, "Kenapa ?"
Untuk pertama kalinya aku mendengar suara Jung Leo, "Awak sebenarnya nak ke mana ? Kenapa awak lalu di depan kelas kami ?"
"Saya nak ke bilik muzik tapi awak semua dah halang jalan saya jadi tak mengapalah saya pulang sajalah ke kelas saya", balas ku dengan panjang lebar. Sejujurnya, perasaan takut aku terhadap mereka sudah hilang kerana mereka tidak lah senakal yang disangkakan.
"Ohh, really ? Kami pun nak ke sana tapi sebab jumpa awak kami tangguh niat tu. So, why not we go to the music room together ?", kata Han Sang. 
Dengan pantas aku menjawab, "Ehh, tak mengapalah". 
"Janganlah begitu, kami tidak pernah mempelawa orang mengikut kami. Awaklah yang pertama", kata Lee Bean.
'Cehhh, iyalah tu', bisik hatiku. 
"Betullah apa yang Bean kata itu, kami tiada orang untuk dipelawa lagipun kami budak jahat. Tiada siapa yang berani ikut kami kalau kami ajak sekali pun. Jadi tak mengapalah awak pulanglah ke kelas awak semula", kata Cha N.
Kata2 Cha N membuatkan mereka semua terdiam bagaikan pasrah dengan apa yang dikatakan oleh ketua mereka. 
'Haisyhhh, pandai pulak buat orang kesian dorang ni', bisik hati ku. 
"Awak semua baiklah. Siapa yang kata awak jahat ? Bagitahu saya biar saya belasah mereka", pujuk aku. 
Mereka masih terdiam dan memandang ku. "Baiklah, jom ke bilik muzik", kata aku.
"Betul ke ni ? Kalau begitu jommmm", kata Jung Leo dengan riang.
Lagi sekali, Jung Leo menunjukkan sisinya yang lain di hadapan ku. Selama ini, orang yang aku paling takut adalah Jung Leo. Tetapi apabila melihat dia menjadi riang persepsi ku berubah. 
Kami pun mengatur langkah ke bilik muzik bersama. Banyak mata yang mengerling tajam ke arah ku. Mungkin cemburu atau terkejut melihat aku berjalan seiringan dengan '6 Jejaka Flower Bad Boys'
"We Are Here", jerit Han Sang.
Kesemua mereka kelihatan riang & mula bergurau senda antara satu sama lain. Kendy yang digelar troublemaker kelihatan seperti budak tadika. San Hyuk yang panas baran menjadi comel bermain bersama-sama membernya. Imej Cha N sebagai seorang ketua juga hilang apabila dia dibuli oleh membernya. Jung Leo pula masih sama tetapi sekali sekala dia ketawa melihat kerenah member yang lain. Kim Ravi & Lee Bean kedua-dua mereka kelihatan seperti kembar & mereka yang menjadi troublemaker di sini. 
Melihat keriangan mereka, aku tertanya-tanya mengapa mereka boleh digelar sebagai budak jahat ? Mengapa mereka kelihatan lain apabila berada di dalam bilik muzik ? Apa yang membuatkan mereka berubah daripada riang kepada jahat ? Satu yang aku yakin, mereka memang baik & mungkin ada rahsia yang membuatkan mereka berubah. 
Lamunan ku terhenti apabila bilik muzik secara tiba2 menjadi sunyi. Aku tidak sedar yang mereka sudah pun berada di kiri & kanan ku. Cha N menarik tangan ku & membawa ku ke tengah2 bilik. Perlahan-lahan mereka membentuk bulatan & dengan serentak mereka berkata, "Will you be our friend ?"

--Done Bab 4--


No comments:

Post a Comment